Thursday, November 18, 2010

Innersound.

If loving you was wrong, I don't want to be right and if living without you is right, I would rather be wrong all my life.



I love you and I always will.

Monday, November 15, 2010

Kisah tak sempurna

Kisah tak sempurna.

Tajuk tersebut menjadi topik pos kali ini.


Macam tajuk lagu kan?

Semua orang ade kisah yang tak sempurna sepertimana si Kogi dan Alisa.
Kisah mereka sebenarnya sangat panjang dan masih lagi belum sempurna.
Aku sengaja selingkan kisah Luna dan Ariel sebagai iklan.
Tapi, watak utama dalam blog ini adalah Kogi dan Alisa.

Flashback semula, Kogi dan Alisa selalu bertengkar tentang pelbagai isu.
Dari masalah kewangan, pelajaran dan juga seperti biasa. Kisah CINTA mereka juga menjadi mangsa pertengkaran dan akhirnya hubungan mereka terputus.
Terputus sehingga masing-masing mengambil keputusan untuk cari jalan sendiri.

Kogi dengan reboundnya, Alisa juga tidak kurang hebatnya.
Saya ceritakan part Kogi dahulu.
Kogi kini bergelar lelaki bekerjaya. Seorang wartawan separuh masa di sebuah agensi berita di kota.
Setelah beberapa bulan bersendirian, Kogi ditemukan dengan seorang pelajar kolej di sekitar kota Kuala Lumpur bernama Suki, comel macam namanya.
Suki mengenali Kogi melalui kawan Kogi, Ariel.
Kogi meminati Suki dan ingin mengenalinya lebih dekat dan tidak sampai sebulan Kogi berjaya memikat Suki dan menjadi pasangan.
Minggu pertama, minggu kedua, Kogi sangat gembira dengan Suki.
Masuk minggu ketiga dan seterusnya, Kogi merasa sesuatu yang tak kena dengan Suki.
Kogi merasakan Suki bermain kayu tiga. Kogi dapat tahu Suki masih contact bekas kekasihnya.
Bila ditanya, Suki tidak mengaku. Kogi macam biasa lah. Tak mahu bergaduh hal remeh temeh tapi suka buat muka yang membuatkan Suki tidak selesa. Kogi dengan machonya menjawab "takde ape-ape."
Si Suki pulak jenis malas nak pujuk dan harap dipujuk.
Masak laa Suki sebab Kogi ni memang seorang yang susah untuk memujuk. Kira untung lah jika Suki tu dipujuk.
Tidak sampai sebulan, Kogi mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Suki kerana kejadian tertentu.
Kogi gak kecewa tapi Kogi tabah. Selepas itu Suki senyap tanpa khabar.
Tamat sudah kisah Kogi dan Suki.

Alisa juga ada ceritera sendiri. Long story short. Lebih kurang sama sahaja dengan kisah Kogi.
Menjalin hubungan dengan lelaki hanya untuk lupakan Kogi. Pada hakikatnya cinta Alisa pada Kogi tak pernah pudar.
Alisa memerlukan lelaki untuk kemudahannya commute ke tempat kerja, teman bersantap dan teman sekadar teman lelaki. Diberitahu yang Alisa tidak pernah melayan lelaki seperti dia melayan Kogi. Long story short lagi. Alisa akhirnya putus dengan lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

Mahu tahu mengapa mereka putus-memutus? Ada cerita disebalik kejadian itu.
HAHA! Nantikan pos baru untuk tahu kesudahan atau kesempurnaan cerita ini.


sebab tu tajuk pos ni 'Kisah Tak Sempurna'


p/s: Salam Aidil-Adha kepada semua follower blog ini dan semua umat Islam di dunia. :)

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Ariel dan Luna

Sudah hampir 2 tahun Ariel tak bertemu Luna.
Ariel terputus hubungan kerana tugas Luna yang jaraknya agak jauh.
Ariel hampur putus asa tetapi pada hakikatnya Ariel amat menyintai Luna.
Ariel kata "Aku sangat, sangat, sangat sayang die lagi"
"Teringin sangat nak jumpa die"

Satu malam, Ariel Cit-cat dengan Luna di ruang Yahoo Messenger.
Tak pasti apa yang mereka bualkan.
Yang pasti perilaku itu membuat Ariel tersenyum.
Bukan tersenyum saja tau! Lain macam senyum dia.

Di akhir perbualan, Luna mempelawa Ariel untuk minum malam bersamanya.
Ariel terkejut! Tergamam!
Ariel menggenggam lengan aku dan mengajak aku menemaninya.
Aku on je.
Ariel tanpa membuang masa pergi bersiap.
Tak penah mandi secepat itu! Biasa dekat sejam mandi.

Ariel memandu kereta dan menyusuri MRR2 ke tempat Luna menantinya.
Luna menelefon Ariel berkali-kali bertanya di manakah lokasinya yang terkini.
Aku mengatakan padanya yang kita dah terlambat sangat ni.
Ariel pun menyambung dengan ayat ini "tu laa.. kesian die."
PERGGHHH! (nampak sayang tu)
Tapi untuk membuatnya ternanti lama sedikit, Ariel singgah Shell berdekatan.
Buat ape? WAX rambut mhaaaatt!!
Agak lama Ariel tak wax rambutnya lebih-lebih lagi jam 4pg!
HAH! TAK SAYANG LAGI KATA KAU REL?

Sesampainya di tempat Luna menunggu. Kedai berdekatan sudah pun tutup.
Luna diajak untuk bertukar tempat melepak dan Luna ikut sahaja.
Apa yang aku dapat gambarkan pada Luna ketika itu kelihatan agak teruja.
Terakhir aku berjumpa Luna rambutnya pendek.
Senyuman masih sama, saiz badan... ermm.. masih sama. :)

Tu baru cerita pasal Luna. Nak aku cerita pulak macamana terujanya si Ariel ni?
Hahaha! Tergelak jugak bila aku tulis blog ni.
Muka Ariel berseri-seri, tersenyum dan gelak besar sahaja di sepanjang perjalanan.
Aku suka kawan aku bahagia walaupun untuk jangkamasa pendek.
Dah lame aku tak tengok muka Ariel segembira begitu.
"Gigil mhaaat" kata die.

Sesampai di sebuah restoran di sekitar Kuala Lumpur, itu pun dah nak tutup.
Mamak menunjukkan isyarat "nak tutup da mapley"
Ariel merayu pada mapley "sekejap je.. sekejap je.."
Kami berbual sambil minum.
Muka Ariel nampak control cool. Luna agak sedikit menggelabah tapi under control.
Aku macam dah tak wujud! yelaa.. Lama tak jumpa kekasih lama kan Rel kan?

Baru setengah jam jumpa, mapley dah macam menghalau.
Tak pe laa. Ada lagi lain masa.

Luna pulang, Ariel pun pulang jua.
Tersenyum lebar Ariel.
Tak cukup kat restoran. Kat rumah sambung cit cat lagi!

Moral of the story - Ada jodoh tak ke mana kan? kan Ariel kan?


p/s: cerita ni takde kene mengena dengan Ariel Peterpan ngan Luna Maya ea.. :p

Tuesday, September 14, 2010

Ceritera Raya

Dah lebih seminggu beraya.
Macam-macam ada.
Penuh suka dan duka.
Turun naik dua-dua ada.

Pulang ke kampung di malam raya.
Dari KL ke Kuala Pilah.
Hati berkobar nak bertemu saudara-mara.
Ketibaanku disambut meriah.

Ampun maaf dipinta di pagi raya.
Dengan harapan dapat laa sepuluh dua.
Rendang lemang sapu semua.
Buncit? owh tidak... steady saja!

Dari Pilah beralih ke Muar.
Eksiden sini Eksiden sana.
Jalan dalam Jalan Luar.
Alhamdullilah, sampai juga.

Saudara jauh, Saudara dekat.
Datang bertandang, silih berganti.
Walau sibuk henset tetap melekat.
Agar di sana tak ternanti-nanti.

Tak cukup 3 hari untuk beraya.
Tugas dah sedia memanggil.
Sedih nak tinggal keluarga.
Tempuh highway balik KL!


hahaha.. stakat ni je la raya aku tahun ni... haaissshh..

















Selamat Hari Raya :)

Sunday, August 8, 2010

Quote Pt. 3

For you see, each day I love you more.
Today more than yesterday and less than tomorrow.







p/s: happy birthday susue. :)
-fwz<3ssu-

Monday, August 2, 2010

Life is karma ayy mate?

aku pernah berada di atas.
aku pernah berada di bawah.

seronok berada di atas.
tak terkata!
rasa seperti seekor burung yang berterbangan di awangan.
terasa mimpu itu nyata.
terasa syurga itu sangat hampir.
semuanya indah-indah belaka.
anda pasti setuju.

tapi bila berada di bawah.
terasa dunia ini sangat sempit.
tiada ruang untuk bernafas.
masalah demi masalah timbul.
seperti jatuh kemudian ditimpa tangga.
semua serba tidak kena.
fikiran sangat terganggu.
bercelaru.

kenapa ia berlaku?
itulah karma.

dulu aku penah di atas buat sementara.
dapat merasa indahnya hidup.
cinta, pelajaran, kehidupan sosial dan sebagainya.
tidak disangkal lagi.

aku juga dulu pernah tersungkur jatuh ke bawah.
sakit tidak terhingga.
hati tercalar seperti dihiris samurai tajam.
kepala seperti dipicit tangan gergasi.
hidup terasa sangat susah.
tiada teman, tiada nasihat, tiada bantuan.
cuba untuk bangun tetapi tergelincir beberapa kali.

berbekalkan semangat yang separa cekal.
dengan bantuan rakan-rakan dan teman rapat.
aku kini tegak berdiri walaupun terasa sedikit goyah.

rakan-rakan, mama dan papa, terima kasih.
tanpa anda, saya mungkin masih merangkak.

teristimewa. temanku, Nurul Nassuhaliana.
anda wanita terbaik pernah aku kenali.
masih menerima dan membantu aku berdiri walau dengan sejarah lampau.
terima kasih cinta.


yang bersyukur,
fawaz.

Sunday, May 30, 2010

bukan mengganggu.

kogi lapar.
kogi online.
kogi chat dengan alisa.
kogi seronok chat dengan alisa.

kogi terasa nak keluar.
tapi tak sanggup tinggal alisa.
kogi pujuk alisa.
alisa kata takpe. alisa faham.

kogi keluar dengan kawan kolejnya.
fyi perempuan. name die ariana.
kogi beritahu alisa.
kogi rasa alisa marah.
alisa sering call dan mesej tanpa henti.
kogi rasa serba salah.
pada ariana ade, pada alisa pun ada.

mana satu lebih penting.
dalam hati alisa sahaja.
tapi ariana kelihatan tertunggu-tunggu.
kogi ambil keputusan main mesej lepas makan.
tapi tak sempat habis makan alisa call.
berkali-kali.

"alisa, nanti kite mesej laa ok. i tgh makan."
namun alisa tetap mencari salah kogi.
kogi kelu tak tahu nak bagi alasan ape lagi dah.



"alisa, awak bukan mengganggu. cuma tak memberi peluang sebentar sahaja. kogi bukan menggatal. cuma cuba bersosial. walaupun bersosial, tapi hati tetap pada alisa. ok?"

"kogi sayang alisa. dalam hati kogi ni ada alisa je ok?"



p/s: I love u.