Tuesday, September 21, 2010

Kisah Ariel dan Luna

Sudah hampir 2 tahun Ariel tak bertemu Luna.
Ariel terputus hubungan kerana tugas Luna yang jaraknya agak jauh.
Ariel hampur putus asa tetapi pada hakikatnya Ariel amat menyintai Luna.
Ariel kata "Aku sangat, sangat, sangat sayang die lagi"
"Teringin sangat nak jumpa die"

Satu malam, Ariel Cit-cat dengan Luna di ruang Yahoo Messenger.
Tak pasti apa yang mereka bualkan.
Yang pasti perilaku itu membuat Ariel tersenyum.
Bukan tersenyum saja tau! Lain macam senyum dia.

Di akhir perbualan, Luna mempelawa Ariel untuk minum malam bersamanya.
Ariel terkejut! Tergamam!
Ariel menggenggam lengan aku dan mengajak aku menemaninya.
Aku on je.
Ariel tanpa membuang masa pergi bersiap.
Tak penah mandi secepat itu! Biasa dekat sejam mandi.

Ariel memandu kereta dan menyusuri MRR2 ke tempat Luna menantinya.
Luna menelefon Ariel berkali-kali bertanya di manakah lokasinya yang terkini.
Aku mengatakan padanya yang kita dah terlambat sangat ni.
Ariel pun menyambung dengan ayat ini "tu laa.. kesian die."
PERGGHHH! (nampak sayang tu)
Tapi untuk membuatnya ternanti lama sedikit, Ariel singgah Shell berdekatan.
Buat ape? WAX rambut mhaaaatt!!
Agak lama Ariel tak wax rambutnya lebih-lebih lagi jam 4pg!
HAH! TAK SAYANG LAGI KATA KAU REL?

Sesampainya di tempat Luna menunggu. Kedai berdekatan sudah pun tutup.
Luna diajak untuk bertukar tempat melepak dan Luna ikut sahaja.
Apa yang aku dapat gambarkan pada Luna ketika itu kelihatan agak teruja.
Terakhir aku berjumpa Luna rambutnya pendek.
Senyuman masih sama, saiz badan... ermm.. masih sama. :)

Tu baru cerita pasal Luna. Nak aku cerita pulak macamana terujanya si Ariel ni?
Hahaha! Tergelak jugak bila aku tulis blog ni.
Muka Ariel berseri-seri, tersenyum dan gelak besar sahaja di sepanjang perjalanan.
Aku suka kawan aku bahagia walaupun untuk jangkamasa pendek.
Dah lame aku tak tengok muka Ariel segembira begitu.
"Gigil mhaaat" kata die.

Sesampai di sebuah restoran di sekitar Kuala Lumpur, itu pun dah nak tutup.
Mamak menunjukkan isyarat "nak tutup da mapley"
Ariel merayu pada mapley "sekejap je.. sekejap je.."
Kami berbual sambil minum.
Muka Ariel nampak control cool. Luna agak sedikit menggelabah tapi under control.
Aku macam dah tak wujud! yelaa.. Lama tak jumpa kekasih lama kan Rel kan?

Baru setengah jam jumpa, mapley dah macam menghalau.
Tak pe laa. Ada lagi lain masa.

Luna pulang, Ariel pun pulang jua.
Tersenyum lebar Ariel.
Tak cukup kat restoran. Kat rumah sambung cit cat lagi!

Moral of the story - Ada jodoh tak ke mana kan? kan Ariel kan?


p/s: cerita ni takde kene mengena dengan Ariel Peterpan ngan Luna Maya ea.. :p

1 comment:

fiqa said...

haha ... comel citer neyh