Thursday, June 21, 2012

Welcome!

It's been loooooooooooong since I update this blog. I saw 2-3 new followers. Welcome. I'll promise I'll come up with new updates on my imaginary Kogi. Ok guys! Thanks for viewing my blog. Ohya. I have twitter account, feel free to follow. @FawazAzuar

Monday, August 8, 2011

Quote Pt. 4

If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes.

-St. Clement of Alexandra

Friday, July 22, 2011

Kisah Tak Sempurna Part 2

Part yg lalu Kogi dan Alisa dengan jalan masing-masing. Part kali ini menceritakan tentang Kogi dan Elisa bersama semula.

Pada hujung Disember 2010, Alisa dan Kogi menyambung semula untuk meneruskan kisah cinta mereka. Alisa dengan janjinya, begitu juga dengan Kogi. Janji untuk bersama walau apa pun bencana, halangan yang melanda mereka. Ya! Mereka melaluinya bersama, mengotakan janji masing-masing. Mereka begitu seronok bersama semula. Bahagia adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan mereka.

Ke mana sahaja Kogi pergi, Alisa senantiasa di sisi Kogi. Dahulu di zaman kolej, mereka beginilah. Tetapi zaman itu sudah beredar, Kogi sudah ada karier, tanggungjawab, berslip gaji. Manakala Alisa masih lagi bergelar pelajar dan kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di sekitar Kuala Lumpur.

Selama hampir 5 bulan mereka bersama, bergaduh, baik, bergaduh, baik. Sepertimana janji mereka "lalui bersama walau apa pun yang terjadi", sehinggalah pada suatu malam. Perang besar meletus antara mereka.

Hendak dijadikan cerita, Kogi bertengkar dengan Alisa kerana Kogi tidak mahu pulang ke rumah. Alasan Kogi pada adalah kerana ketika itu Alisa pulang ke kampung halaman dan tidak berteman. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, Kogi ambil keputusan untuk menumpang di rumah Ariel. Tetapi Alisa tidak setuju sama sekali kerana risau Kogi akan berlaku curang. Alisa berpendapat mungkin Kogi tidur di rumah Ariel dengan perempuan lain. Padahal Kogi cuma menumpang dan agak dekat sedikit untuk ke tempat kerja.

Selama Alisa di kampung, mereka berhubung melalui WhatsApp. Kogi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Alisa mengenai perangainya yang makin lama makin membuat Kogi meluat. Sudah lama sebenarnya Kogi bersabar tetapi Alisa buat macam tak bersalah. Kogi meminta Alisa mengubah sedikit perangainya. Alisa tanpa menjawab permintaan Kogi teros melontarkan soalan di mana menyatakan jika dia tidak boleh berubah, apa yang Kogi akan buat?

Kogi sudah mengagak itu jawapan yang akan tertera. Hati Kogi mengharapkan jawapan yang setidaknye menyedapkan hatinya seperti "I try ok?" Ini tidak, Alisa langsung tidak mahu memberi effort. Sejak itu, Kogi langsung tidak balik rumah kerana kecewa dengan sikap Alisa.
Dari situ, Alisa menganggap hubungan mereka sudah putus.

Jauh di sudut hati Kogi bukan itu yang diharapkan olehnya. Kogi masih menyintai Alisa sehingga kini. Cume Kogi dengan egonya, Alisa juga dengan egonya.

Kini, Kogi seorang diri. Tiada siapa di sisinya untuk dia mengadu. Hanya kawan-kawan sahaja diharapkan.

Tidak lama lagi raya, mungkinkah Kogi akan beraya seorang diri 2 tahun berturut-turut tanpa wanita yang dicintainya? Kita nantikan sambungan kisah tak sempurna ini.

Owhya. Saya bagi sedikit preview part 3 - Kogi menyambung pelajarannya selepas raya.

Thursday, November 18, 2010

Innersound.

If loving you was wrong, I don't want to be right and if living without you is right, I would rather be wrong all my life.



I love you and I always will.

Monday, November 15, 2010

Kisah tak sempurna

Kisah tak sempurna.

Tajuk tersebut menjadi topik pos kali ini.


Macam tajuk lagu kan?

Semua orang ade kisah yang tak sempurna sepertimana si Kogi dan Alisa.
Kisah mereka sebenarnya sangat panjang dan masih lagi belum sempurna.
Aku sengaja selingkan kisah Luna dan Ariel sebagai iklan.
Tapi, watak utama dalam blog ini adalah Kogi dan Alisa.

Flashback semula, Kogi dan Alisa selalu bertengkar tentang pelbagai isu.
Dari masalah kewangan, pelajaran dan juga seperti biasa. Kisah CINTA mereka juga menjadi mangsa pertengkaran dan akhirnya hubungan mereka terputus.
Terputus sehingga masing-masing mengambil keputusan untuk cari jalan sendiri.

Kogi dengan reboundnya, Alisa juga tidak kurang hebatnya.
Saya ceritakan part Kogi dahulu.
Kogi kini bergelar lelaki bekerjaya. Seorang wartawan separuh masa di sebuah agensi berita di kota.
Setelah beberapa bulan bersendirian, Kogi ditemukan dengan seorang pelajar kolej di sekitar kota Kuala Lumpur bernama Suki, comel macam namanya.
Suki mengenali Kogi melalui kawan Kogi, Ariel.
Kogi meminati Suki dan ingin mengenalinya lebih dekat dan tidak sampai sebulan Kogi berjaya memikat Suki dan menjadi pasangan.
Minggu pertama, minggu kedua, Kogi sangat gembira dengan Suki.
Masuk minggu ketiga dan seterusnya, Kogi merasa sesuatu yang tak kena dengan Suki.
Kogi merasakan Suki bermain kayu tiga. Kogi dapat tahu Suki masih contact bekas kekasihnya.
Bila ditanya, Suki tidak mengaku. Kogi macam biasa lah. Tak mahu bergaduh hal remeh temeh tapi suka buat muka yang membuatkan Suki tidak selesa. Kogi dengan machonya menjawab "takde ape-ape."
Si Suki pulak jenis malas nak pujuk dan harap dipujuk.
Masak laa Suki sebab Kogi ni memang seorang yang susah untuk memujuk. Kira untung lah jika Suki tu dipujuk.
Tidak sampai sebulan, Kogi mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Suki kerana kejadian tertentu.
Kogi gak kecewa tapi Kogi tabah. Selepas itu Suki senyap tanpa khabar.
Tamat sudah kisah Kogi dan Suki.

Alisa juga ada ceritera sendiri. Long story short. Lebih kurang sama sahaja dengan kisah Kogi.
Menjalin hubungan dengan lelaki hanya untuk lupakan Kogi. Pada hakikatnya cinta Alisa pada Kogi tak pernah pudar.
Alisa memerlukan lelaki untuk kemudahannya commute ke tempat kerja, teman bersantap dan teman sekadar teman lelaki. Diberitahu yang Alisa tidak pernah melayan lelaki seperti dia melayan Kogi. Long story short lagi. Alisa akhirnya putus dengan lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

Mahu tahu mengapa mereka putus-memutus? Ada cerita disebalik kejadian itu.
HAHA! Nantikan pos baru untuk tahu kesudahan atau kesempurnaan cerita ini.


sebab tu tajuk pos ni 'Kisah Tak Sempurna'


p/s: Salam Aidil-Adha kepada semua follower blog ini dan semua umat Islam di dunia. :)

Tuesday, September 21, 2010

Kisah Ariel dan Luna

Sudah hampir 2 tahun Ariel tak bertemu Luna.
Ariel terputus hubungan kerana tugas Luna yang jaraknya agak jauh.
Ariel hampur putus asa tetapi pada hakikatnya Ariel amat menyintai Luna.
Ariel kata "Aku sangat, sangat, sangat sayang die lagi"
"Teringin sangat nak jumpa die"

Satu malam, Ariel Cit-cat dengan Luna di ruang Yahoo Messenger.
Tak pasti apa yang mereka bualkan.
Yang pasti perilaku itu membuat Ariel tersenyum.
Bukan tersenyum saja tau! Lain macam senyum dia.

Di akhir perbualan, Luna mempelawa Ariel untuk minum malam bersamanya.
Ariel terkejut! Tergamam!
Ariel menggenggam lengan aku dan mengajak aku menemaninya.
Aku on je.
Ariel tanpa membuang masa pergi bersiap.
Tak penah mandi secepat itu! Biasa dekat sejam mandi.

Ariel memandu kereta dan menyusuri MRR2 ke tempat Luna menantinya.
Luna menelefon Ariel berkali-kali bertanya di manakah lokasinya yang terkini.
Aku mengatakan padanya yang kita dah terlambat sangat ni.
Ariel pun menyambung dengan ayat ini "tu laa.. kesian die."
PERGGHHH! (nampak sayang tu)
Tapi untuk membuatnya ternanti lama sedikit, Ariel singgah Shell berdekatan.
Buat ape? WAX rambut mhaaaatt!!
Agak lama Ariel tak wax rambutnya lebih-lebih lagi jam 4pg!
HAH! TAK SAYANG LAGI KATA KAU REL?

Sesampainya di tempat Luna menunggu. Kedai berdekatan sudah pun tutup.
Luna diajak untuk bertukar tempat melepak dan Luna ikut sahaja.
Apa yang aku dapat gambarkan pada Luna ketika itu kelihatan agak teruja.
Terakhir aku berjumpa Luna rambutnya pendek.
Senyuman masih sama, saiz badan... ermm.. masih sama. :)

Tu baru cerita pasal Luna. Nak aku cerita pulak macamana terujanya si Ariel ni?
Hahaha! Tergelak jugak bila aku tulis blog ni.
Muka Ariel berseri-seri, tersenyum dan gelak besar sahaja di sepanjang perjalanan.
Aku suka kawan aku bahagia walaupun untuk jangkamasa pendek.
Dah lame aku tak tengok muka Ariel segembira begitu.
"Gigil mhaaat" kata die.

Sesampai di sebuah restoran di sekitar Kuala Lumpur, itu pun dah nak tutup.
Mamak menunjukkan isyarat "nak tutup da mapley"
Ariel merayu pada mapley "sekejap je.. sekejap je.."
Kami berbual sambil minum.
Muka Ariel nampak control cool. Luna agak sedikit menggelabah tapi under control.
Aku macam dah tak wujud! yelaa.. Lama tak jumpa kekasih lama kan Rel kan?

Baru setengah jam jumpa, mapley dah macam menghalau.
Tak pe laa. Ada lagi lain masa.

Luna pulang, Ariel pun pulang jua.
Tersenyum lebar Ariel.
Tak cukup kat restoran. Kat rumah sambung cit cat lagi!

Moral of the story - Ada jodoh tak ke mana kan? kan Ariel kan?


p/s: cerita ni takde kene mengena dengan Ariel Peterpan ngan Luna Maya ea.. :p

Tuesday, September 14, 2010

Ceritera Raya

Dah lebih seminggu beraya.
Macam-macam ada.
Penuh suka dan duka.
Turun naik dua-dua ada.

Pulang ke kampung di malam raya.
Dari KL ke Kuala Pilah.
Hati berkobar nak bertemu saudara-mara.
Ketibaanku disambut meriah.

Ampun maaf dipinta di pagi raya.
Dengan harapan dapat laa sepuluh dua.
Rendang lemang sapu semua.
Buncit? owh tidak... steady saja!

Dari Pilah beralih ke Muar.
Eksiden sini Eksiden sana.
Jalan dalam Jalan Luar.
Alhamdullilah, sampai juga.

Saudara jauh, Saudara dekat.
Datang bertandang, silih berganti.
Walau sibuk henset tetap melekat.
Agar di sana tak ternanti-nanti.

Tak cukup 3 hari untuk beraya.
Tugas dah sedia memanggil.
Sedih nak tinggal keluarga.
Tempuh highway balik KL!


hahaha.. stakat ni je la raya aku tahun ni... haaissshh..

















Selamat Hari Raya :)

Sunday, August 8, 2010

Quote Pt. 3

For you see, each day I love you more.
Today more than yesterday and less than tomorrow.







p/s: happy birthday susue. :)
-fwz<3ssu-

Monday, August 2, 2010

Life is karma ayy mate?

aku pernah berada di atas.
aku pernah berada di bawah.

seronok berada di atas.
tak terkata!
rasa seperti seekor burung yang berterbangan di awangan.
terasa mimpu itu nyata.
terasa syurga itu sangat hampir.
semuanya indah-indah belaka.
anda pasti setuju.

tapi bila berada di bawah.
terasa dunia ini sangat sempit.
tiada ruang untuk bernafas.
masalah demi masalah timbul.
seperti jatuh kemudian ditimpa tangga.
semua serba tidak kena.
fikiran sangat terganggu.
bercelaru.

kenapa ia berlaku?
itulah karma.

dulu aku penah di atas buat sementara.
dapat merasa indahnya hidup.
cinta, pelajaran, kehidupan sosial dan sebagainya.
tidak disangkal lagi.

aku juga dulu pernah tersungkur jatuh ke bawah.
sakit tidak terhingga.
hati tercalar seperti dihiris samurai tajam.
kepala seperti dipicit tangan gergasi.
hidup terasa sangat susah.
tiada teman, tiada nasihat, tiada bantuan.
cuba untuk bangun tetapi tergelincir beberapa kali.

berbekalkan semangat yang separa cekal.
dengan bantuan rakan-rakan dan teman rapat.
aku kini tegak berdiri walaupun terasa sedikit goyah.

rakan-rakan, mama dan papa, terima kasih.
tanpa anda, saya mungkin masih merangkak.

teristimewa. temanku, Nurul Nassuhaliana.
anda wanita terbaik pernah aku kenali.
masih menerima dan membantu aku berdiri walau dengan sejarah lampau.
terima kasih cinta.


yang bersyukur,
fawaz.

Sunday, May 30, 2010

bukan mengganggu.

kogi lapar.
kogi online.
kogi chat dengan alisa.
kogi seronok chat dengan alisa.

kogi terasa nak keluar.
tapi tak sanggup tinggal alisa.
kogi pujuk alisa.
alisa kata takpe. alisa faham.

kogi keluar dengan kawan kolejnya.
fyi perempuan. name die ariana.
kogi beritahu alisa.
kogi rasa alisa marah.
alisa sering call dan mesej tanpa henti.
kogi rasa serba salah.
pada ariana ade, pada alisa pun ada.

mana satu lebih penting.
dalam hati alisa sahaja.
tapi ariana kelihatan tertunggu-tunggu.
kogi ambil keputusan main mesej lepas makan.
tapi tak sempat habis makan alisa call.
berkali-kali.

"alisa, nanti kite mesej laa ok. i tgh makan."
namun alisa tetap mencari salah kogi.
kogi kelu tak tahu nak bagi alasan ape lagi dah.



"alisa, awak bukan mengganggu. cuma tak memberi peluang sebentar sahaja. kogi bukan menggatal. cuma cuba bersosial. walaupun bersosial, tapi hati tetap pada alisa. ok?"

"kogi sayang alisa. dalam hati kogi ni ada alisa je ok?"



p/s: I love u.

Sunday, May 16, 2010

Ekspresi depresi diriku

sekali lagi. aku tak lena tidur.
jam dah menunjukkan 3.48pagi.
k*mak laa.
aku tak suka akan perasaan sebegini.
banyak sangat masalah dan benda bermain difikiran.
final exam, duit, kereta, laptop, cinta.
semak sial!

lepas satu, satu.
lepas satu, satu.

macam-macam masalah timbul.
ape lagi lah salah aku.
banyak sangat cabaran dalam satu masa.
tak sempat nak tarik nafas lega, datang lagi masalah baru.
sumpah tak boleh adapt kalau macam ni.
boleh gila la mhaaaat.

aku kesiankan diri aku.
lebih-lebih mama ngan papa aku.
sebab kesian aku dah tak cerita masalah aku kat dia orang.
sebab tak mahu mereka risau dan aku rasa aku boleh selesaikan.
tapi bila dapat selesaikan kenapa datang balik?
kenapa datang balik!!??

kalau lah blog ni penunai hajat.
aku mintak jauhkanlah masalah yang aku hadap sekarang.
bukan tak sanggup, cuma terlalu berat untuk aku tanggung.

owh blog.
lagi satu permintaan aku.
tolong jangan matikan watak Aleya dalam cerita kl drift 2 tu.
she's to cute to die!

Thursday, May 13, 2010

Letter to Alisa part 2

Dear Alisa,

I really had a sleepless night, moving here and there on my bed and thinking about what happen to us. I least expected it, I experienced the worst headache ever, all I could hear was my heart beating much faster than it ever has. I cursed my stars that night, as my expectation for the night was so much greater, but it ended in a far different way that made my heart choke with tears of losing something I've always fought for.

We all made mistakes not trying to understand each other, some words did hurt in some way and I guess we got carried away after all those arguments of whether truly I have some intimate relationship with Fara and Ziqa or even Jane. I guess this issue has always been the stand block of our relationship getting worked out.

I know it's been hard for you trying to understand the real truth. Perhaps I need to give you a chance to find out for yourself whether what I'm trying to make you understand is the real truth or not. Trust is very important, especially in a new and an up-coming relationship, and so I have no objection about you finding out the fact about whether I have a relationship with them.

I know we both said so many things to each other that we least expected, trying to find out the truth about something, it's really hard and needs much time, but I guess I got carried away by saying those words to you. I know you said you can't forgive me, neither will you forget, but I know deep down in me, I've regretted saying those things to you and being the first guy to have said this to you also hurts me a lot. Whether you accept my apology or not *I'm truly sorry for my harsh and unpleasant words.*

Perhaps this is the chance for us to experience the passion in each other. The most important thing is that this is not our first love experience and one thing we must understand is that, in every relationship, whether old or new, we're sure to experience some problems but it's up to us to solve them. These are some of the things that might break our warm friendship and everything we are planning ahead of us.

We need to understand each other and try to have the trust that will make this relationship work. I know you want this to work as much as I do and I still have my hopes up, never giving up on you. Let me tell you this thing that I believe in a real relationship: "It doesn't take beauty to make a relationship but the heart and the mind." I know what I've seen in you and have a special reason of choosing you. Your perception about guys is really not correct, guys are never the same, maybe some times you might think we think alike but the heart shows all the difference.

For now, I know sorry is just a word, but for what it's worth I am very sorry for hurting you last time. You caused me pains too but and I'm really confused about everything. I much want things to be stable and that you get all the time you need to make your decision. I love you so much and never will I think that I can forget you. Hope to hear from you... I remain yours ....

Love always,
Kogi

Letter to Alisa

Dear Alisa,

I sit here in sorrow, wishing I could hold you. I've realized that I've tried to replace you over and over since I made the foolish decision to leave you. But, no one can make me laugh and smile like you do. You are the only one that ever made me so happy.

No one could ever take your place. I feel as if my soul has stolen my heart and left me to cry myself to sleep each and every night with guilt in my heart of how I hurt you.

I guess you just don't realize what you have until it's gone. I was so stupid to leave you. I know sorry is just a word, but for what it's worth I am very sorry and I beg with every ounce of my soul please forgive me!

Love Always,
Kogi

Sunday, May 9, 2010

Answer to 'S' query


Love is a fire.
But whether it is going to warm your heart or burn down your house,
you can never tell.


there's the answer why it happen.

Monday, April 26, 2010

keep counting :)

23 years and still growing up.
2 and half years flipping books and notes.
months of living without mate.
weeks before fate determination.
days before fun weekend.
hours before good evening dinner.
minutes before nice short nap.
second before i shut down my laptop.




have a nice day. :)

p/s:months might worth a wait.

miss 'S' more.

Monday, April 12, 2010

mana betul mana silap?

seperti yg dijanjikan, kogi datang ke dewan cerun utk menyaksikan persembahan fara.
persembahan bukan fund raising ke ape tp untuk assignment fara.
kogi janji nak snap gamba dgn dslr, tp malangya dslr yg dibawa kehabisan battery.

fara kata tak mengapa, dia kata dia tak kisah.
kogi pun jd tak kisah jugak laa.

dalam asyik kogi menyembang dgn rakannya di dalam dewan sambil menyaksikan persembahan,
alisa called!
aku eager utk menjawabnya. tp bising!
kogi keluar dewan menjawab telefon.
suara alisa agak sayu.
alisa minta pertolongan dari kogi utk reload telefonnya.
oleh kerana perasaan jeles dan ego,
kogi menyuruh rakan lelaki barunya utk buat semua itu.

tetapi... dalam hati. kogi tak sampai hati,
apakan daya, dalam poket kogi tinggal RM3 sahaja.
lepas untuk makan sehari dua lagi sementara tunggu hari jumaat utk keluar.
"hari ni baru hari rabu"- kata kogi.
tapi, secara tiba-tiba, kogi terasa seperti dimarahi.
alisa tanya "knp skang da x leh tlg tppkan? knp skang x leh temankan i mkn?"
kogi steady menjwb "boy baru u kan ade? knp x suruh die? sy ade hal ni. lgpn cash kurang."
alisa merajuk setelah mendgr kata2 kogi.
kogi tahu alisa merajuk. tapi kogi terfikir fara akan buat persembahan nanti.
kogi kata dalam hati "biar laa fara kejap"
kogi memberitahu fara hendak ke cafeteria sebentar dan kemudian teros berlari pecut ke arah hostel alisa.
tp terlajak ke cafe utk beli mknn utk alisa. tp tak sempat alisa called pergi padanya.
kogi tanya alisa "knp? kalau nak makan jom sy belikan mknn."
alisa jwb "tanak"
kami memberi ceramah antara satu sama lain sehinggalaah....

sehinggalah alisa menyatakan dia nak kembali pada kogi.
kogi tergamam tak tahu nak jawab apa.
kogi mengatakan dia belum bersedia.
tp alisa tak puas ati. alisa decide nak jumpa fara.
sbb mungkin die fikir fara lah punca kogi teragak2 membuat keputusan.
kogi cuba menghalang, tapi kudrat kogi tak sekuat wanita yang ingin kembali pada kekasih lamanya.
kogi ditolak sehingga tergelincir jatuh tangga hadapan hostel alisa.
kogi bangun semula dan mengejar alisa.
sekali lagi kogi menahan, menarik tangan alisa.
dan sekali lagi kogi jatuh atas lopak simen.
siku kogi luka berdarah.

kogi menangis menahan kesakitan.
kogi lari.
kogi lari.
kogi lari.
kogi lari dan lari tanpa memikirkan apa consequence pada masa hadapan.
kogi kata kogi dah sayang fara, tp jauh di sudut hari kogi, dia masih cintakan alisa kuat-kuat.


persoalannya, adakah kata2 dan perbuatan kogi itu btol dgn mengatakan dia sayang fara dan menolak permintaan alisa?
dan adakah betul cara alisa dengan tiba2 mengatakan mahu pulang semula pada kogi selepas melihat kogi mesra dengan fara?


Tuesday, April 6, 2010

Space

Space.
Apa itu space?

owwh. dalam bahasa maksudnya ruang.

space dalam konteks aku ni bermakna masa.
masa untuk ape?

masa yang dimaksudkan di sini ialah jangka untuk memperbaiki diri.
itu peluang!

tapi. manusia ni mana suka tunggu lama-lama.
sesungguhnya penantian suatu penyiksaan kan?
memang manusia suka bila diberikan peluang.
tapi manusia tidak suka peluang-peluang sebegini.
peluang untuk menanti sesuatu yang tak pasti.
sama ada 'ya' atau 'tidak' ataupun 'impossible'
kebarangkalian tu sangat tipis.

manusia ni gembira bila dapat immediate response.
tak suke tunggu-tunggu.
kalau seminggu dua boleh lg.
kalau setahun?
tunggu loan approval nak beli kereta pon seminggu paling lewat maaa..

macam ni lah lumrah manusia.
tak pernah bersyukur bila dah dapat.
bila dah dapat merungut, tu tak kena, ini tak kena.
mintak pulak yang baru.
tak dapat tau nak memberontak, reformasi lah rusuhan la ugutan lah.
MEREPEK!
dah dapat yang baru, tak kena, merungut lagi. dan ulang lagi lah benda MEREPEK tu.

rakan manusia sekalian,
ada peluang, gunakan sebaik mungkin.
walaupun kene tunggu setahun. tunggu. mana tahu respon baik.
UNTUNG LA KAU!
dah dapat, jaga, siram sampai mekar mewangi.
moga-moga bunga wangi tu dapat teman awak semua sampai akhir hayat.

Tuesday, March 30, 2010

HAPPY 20's BRO!

HAPPY BIRTHDAY TO YOOOU.
HAPPY BIRTHDAY TOOOO YOOOU
HAPPY BIRTHDAY TOOOOO POZAL.
HAPPY BIRTHDAY TO YOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOUUUU!!

HAPPY 20's BRO!

semoga panjang umur, murah rezeki so that we can celebrate it next time.

NANTI AKU SERVEYKAN HADIAH. HEEEE :)

Thursday, March 25, 2010

aku tak sama dengan rahim

bila ajak bincang, aku sering di'compare & contrast'kan dgn rahim (bkn name sebenar)

memang aku akui beliau seorang yang romantis.
muke agak ganas, hampir same dgn tyrese gibson. muke je laa.. badan same je dengan aku.
hampir semua segi perwatakan dan perangai aku dibezakan.

memang aku akui beliau sangat berbeza bila dibandingkan dengan aku.
aku lemah, tak kuat. badan pon kurus kerempeng.
study pon parat diploma.
result pon paras hidung.

tak puas hati laa kenapa aku tak memiliki semua tu.
tuhan jadikan manusia jenis yang 'complete'
tapi sebenarnya banyak kelemahan disertakan sekali yang manusia sendiri harus belajar dan atasi.

tapi tak mengapa.
dari kelemahan itu, aku berazam untuk belajar dari kesilapan.
aku berazam untuk ubah dan naik taraf mentaliti aku yang selama ini aku anggap diri aku dah cukup bagus. tapi sebenarnya tidak.

persoalannya bagaimana?
ade jawapan? kongsi laa supaya aku tidak akan dibandingkan lagi dengan si rahim ni.





rahim. two thumbs up sebab ade orang meminati keistimewaan kau.
it means that you did something good and someone likes it.