Friday, July 22, 2011

Kisah Tak Sempurna Part 2

Part yg lalu Kogi dan Alisa dengan jalan masing-masing. Part kali ini menceritakan tentang Kogi dan Elisa bersama semula.

Pada hujung Disember 2010, Alisa dan Kogi menyambung semula untuk meneruskan kisah cinta mereka. Alisa dengan janjinya, begitu juga dengan Kogi. Janji untuk bersama walau apa pun bencana, halangan yang melanda mereka. Ya! Mereka melaluinya bersama, mengotakan janji masing-masing. Mereka begitu seronok bersama semula. Bahagia adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan mereka.

Ke mana sahaja Kogi pergi, Alisa senantiasa di sisi Kogi. Dahulu di zaman kolej, mereka beginilah. Tetapi zaman itu sudah beredar, Kogi sudah ada karier, tanggungjawab, berslip gaji. Manakala Alisa masih lagi bergelar pelajar dan kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat di sekitar Kuala Lumpur.

Selama hampir 5 bulan mereka bersama, bergaduh, baik, bergaduh, baik. Sepertimana janji mereka "lalui bersama walau apa pun yang terjadi", sehinggalah pada suatu malam. Perang besar meletus antara mereka.

Hendak dijadikan cerita, Kogi bertengkar dengan Alisa kerana Kogi tidak mahu pulang ke rumah. Alasan Kogi pada adalah kerana ketika itu Alisa pulang ke kampung halaman dan tidak berteman. Jadi untuk menghilangkan rasa bosan, Kogi ambil keputusan untuk menumpang di rumah Ariel. Tetapi Alisa tidak setuju sama sekali kerana risau Kogi akan berlaku curang. Alisa berpendapat mungkin Kogi tidur di rumah Ariel dengan perempuan lain. Padahal Kogi cuma menumpang dan agak dekat sedikit untuk ke tempat kerja.

Selama Alisa di kampung, mereka berhubung melalui WhatsApp. Kogi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Alisa mengenai perangainya yang makin lama makin membuat Kogi meluat. Sudah lama sebenarnya Kogi bersabar tetapi Alisa buat macam tak bersalah. Kogi meminta Alisa mengubah sedikit perangainya. Alisa tanpa menjawab permintaan Kogi teros melontarkan soalan di mana menyatakan jika dia tidak boleh berubah, apa yang Kogi akan buat?

Kogi sudah mengagak itu jawapan yang akan tertera. Hati Kogi mengharapkan jawapan yang setidaknye menyedapkan hatinya seperti "I try ok?" Ini tidak, Alisa langsung tidak mahu memberi effort. Sejak itu, Kogi langsung tidak balik rumah kerana kecewa dengan sikap Alisa.
Dari situ, Alisa menganggap hubungan mereka sudah putus.

Jauh di sudut hati Kogi bukan itu yang diharapkan olehnya. Kogi masih menyintai Alisa sehingga kini. Cume Kogi dengan egonya, Alisa juga dengan egonya.

Kini, Kogi seorang diri. Tiada siapa di sisinya untuk dia mengadu. Hanya kawan-kawan sahaja diharapkan.

Tidak lama lagi raya, mungkinkah Kogi akan beraya seorang diri 2 tahun berturut-turut tanpa wanita yang dicintainya? Kita nantikan sambungan kisah tak sempurna ini.

Owhya. Saya bagi sedikit preview part 3 - Kogi menyambung pelajarannya selepas raya.

2 comments:

kyra de lola said...

dont feel sad. kogi has to move on.
its so hard & hurt to forget someone we love so much.
yet, org dh buang kte, knp nak mengharap lg. it's happened to me. :(

Flyin' Fawaz said...

hmm. biasa la tu kyra.
kadang atas. kadang bawah.
ade hikmah setiap kejadian.

kte tau kogi ni tabah orgnya.
die sentiasa menanti alisa :)

kyra jgn sedih2 k. :)