Monday, November 15, 2010

Kisah tak sempurna

Kisah tak sempurna.

Tajuk tersebut menjadi topik pos kali ini.


Macam tajuk lagu kan?

Semua orang ade kisah yang tak sempurna sepertimana si Kogi dan Alisa.
Kisah mereka sebenarnya sangat panjang dan masih lagi belum sempurna.
Aku sengaja selingkan kisah Luna dan Ariel sebagai iklan.
Tapi, watak utama dalam blog ini adalah Kogi dan Alisa.

Flashback semula, Kogi dan Alisa selalu bertengkar tentang pelbagai isu.
Dari masalah kewangan, pelajaran dan juga seperti biasa. Kisah CINTA mereka juga menjadi mangsa pertengkaran dan akhirnya hubungan mereka terputus.
Terputus sehingga masing-masing mengambil keputusan untuk cari jalan sendiri.

Kogi dengan reboundnya, Alisa juga tidak kurang hebatnya.
Saya ceritakan part Kogi dahulu.
Kogi kini bergelar lelaki bekerjaya. Seorang wartawan separuh masa di sebuah agensi berita di kota.
Setelah beberapa bulan bersendirian, Kogi ditemukan dengan seorang pelajar kolej di sekitar kota Kuala Lumpur bernama Suki, comel macam namanya.
Suki mengenali Kogi melalui kawan Kogi, Ariel.
Kogi meminati Suki dan ingin mengenalinya lebih dekat dan tidak sampai sebulan Kogi berjaya memikat Suki dan menjadi pasangan.
Minggu pertama, minggu kedua, Kogi sangat gembira dengan Suki.
Masuk minggu ketiga dan seterusnya, Kogi merasa sesuatu yang tak kena dengan Suki.
Kogi merasakan Suki bermain kayu tiga. Kogi dapat tahu Suki masih contact bekas kekasihnya.
Bila ditanya, Suki tidak mengaku. Kogi macam biasa lah. Tak mahu bergaduh hal remeh temeh tapi suka buat muka yang membuatkan Suki tidak selesa. Kogi dengan machonya menjawab "takde ape-ape."
Si Suki pulak jenis malas nak pujuk dan harap dipujuk.
Masak laa Suki sebab Kogi ni memang seorang yang susah untuk memujuk. Kira untung lah jika Suki tu dipujuk.
Tidak sampai sebulan, Kogi mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Suki kerana kejadian tertentu.
Kogi gak kecewa tapi Kogi tabah. Selepas itu Suki senyap tanpa khabar.
Tamat sudah kisah Kogi dan Suki.

Alisa juga ada ceritera sendiri. Long story short. Lebih kurang sama sahaja dengan kisah Kogi.
Menjalin hubungan dengan lelaki hanya untuk lupakan Kogi. Pada hakikatnya cinta Alisa pada Kogi tak pernah pudar.
Alisa memerlukan lelaki untuk kemudahannya commute ke tempat kerja, teman bersantap dan teman sekadar teman lelaki. Diberitahu yang Alisa tidak pernah melayan lelaki seperti dia melayan Kogi. Long story short lagi. Alisa akhirnya putus dengan lelaki yang tidak diketahui namanya itu.

Mahu tahu mengapa mereka putus-memutus? Ada cerita disebalik kejadian itu.
HAHA! Nantikan pos baru untuk tahu kesudahan atau kesempurnaan cerita ini.


sebab tu tajuk pos ni 'Kisah Tak Sempurna'


p/s: Salam Aidil-Adha kepada semua follower blog ini dan semua umat Islam di dunia. :)

No comments: